BAG 3
3. FIRQAH-FIRQAH DALAM ISLAM
Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya firqah-firqah (golongan) di
lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain bertentangan fahamnya
secara tajam yang sulit untuk diperdamaikan, apalagi untuk dipersatukan.
Hal ini sudah menjadi fakta dalam sejarah yang tidak dapat diubah lagi,
dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang termaktub dalam kitab-kitab
Agama, terutama dalam kitab-kitab Usuluddin.
Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan menjumpai
di dalamnyaperkataan-perkataan: Syi’ah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyah,
Jabariyah, Ahlussunnah wal Jama’ah (Sunny), Mujassimah, Bahaiyah,
Ahmadiyah, Wahabiyah dan Iain-lain.
Umat Islam, khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan
melihat dan membaca hal ini, kerana Nabi Muhammad s.a.w. sudah juga
mengkhabarkan pada masa hidup beliau.
Banyak terdapat hadis-hadis yang bertalian dengan firqah-firqah yang
berselisihan faham dalam lingkungan umat Islam.
Di antara Hadits-Hadits itu adalah:
Pertama:
Bersabda Nabi Muhammad SAW:
مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
Artinya: “Maka bahwasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu niscaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu"
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dll. Lihat Sunan Abu Daud, No. 3991, juz IV, halaman 201)
Tujuan hadis ini terang, bahawa akan ada perselisihan-perselisihan
faham dalam lingkuangan umat Islam, dan bahawa Nabi Muhammad SAW.
menyuruh umat Islam ketika melihat perselisihan-perselisihan itu supaya
berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin
(Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan ‘Ali ra.).
Kedua:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَإِنَّهُ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي ثَلَاثُونَ كَذَّابُونَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ وَأَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّينَ لَا نَبِيَّ بَعْدِي قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Ertinya: “Akan ada di lingkungan umatku 30 orang pembohong yang
mendakwakan bahawa ia Nabi. Saya adalah Nabi penutup, tidak
ada lagi Nabi sesudahku” (H. Riwayat Tarmizi No.2145. Lihat Shahih Tirmidzi
juzuk 9, halaman 63)